Sunday, April 19, 2009

Follow up ........
18Apr09
Penanti: BN mungkin tak bertanding
post info
By Anwar Ibrahim
Categories: Analisis, Demokrasi, Ekonomi, Isu Semasa, Malaysia, Pakatan Rakyat and Sidenotes
Dari Malaysiakini

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau tidak menolak kemungkinan Barisan Nasional (BN) tidak akan menyertai pilihanraya kecil DUN Penanti, Pulau Pinang.
------------------------------

alvin wrote:

Saudara DSAI, salam sejahtera,
Mengenai perkara ini, saya berharap pemimpin pakatan rakyat tidaklah terbawa-bawa dengan cakap-cakap atau hasrat UMNO/BN tidak bertanding !!!
Pada pendapat saya, UMNO/BN sudah ketandusan akal dan cuba memperdayakan pemimpin pakatan rakyat supaya pemimpin pakatan rakyat akan mengeluarkan segala kenyataan terhadap UMNO/BN. Sebaliknya kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan itulah akan menjadi isu percakapan UMNO/BN sekiranya pemimpin pakatan rakyat terlanjur dalam apajua ucapan mahupun komen-komen ! Jikalau benar berlaku, ia akan memberikan gambaran negatif kepada PAKATAN RAKYAT .

Majoriti Rakyat Malaysia pada dasarnya sudahpun menerima “PAKATAN RAKYAT” dan haruslah diperingati oleh semua pemimpin pakatan supaya semua perlakuan ada batasnya. Pemimpin pakatan seharusnya memperhalusi segala strategi perlaksanaan untuk kepentingan “RAKYAT MALAYSIA” selain daripada tumpuan politik semamsa.
Saya mengucapkan semoga PAKATAN RAKYAT berjaya dalam PRK penanti dan mengharungi segala arus tentangan …

alvin_gov
http://alvin-gov-rakyat.blogspot.com

No comments:

Post a Comment